? ??????????????Amazing? ????? ?????? ???Rating: 4.7 (49 Ratings)??21 Grabs Today. 9861 Total Grabs. ?????
?Get the Code?? ?? ????5?? ?????Lovenotes? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (4 Ratings)??20 Grabs Today. 625 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Thursday, April 30, 2009

Aktiviti 2 M 2

Ketua: Nadiah Yusof
Pencatat: Normahidayu Mohd Nordin
Pembentang: Siti Khadijah Rafli

Selepas mengikuti kursus kaedah mengajar, refleksi ke atas masalah/penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran suatu tajuk.

Tajuk : Mitosis
Masalah:
1) Pelajar sukar membayangkan/menggambarkan peringkat-peringkat yang
terlibat dalam proses mitosis.

2) Pelajar sukar untuk membezakan terminologi berkenaan dengan kromosom.
Contohnya pelajar keliru untuk membezakan antara kromatin , kromatid dan
kromosom.

3) Pelajar sukar untuk mengingat susunan/turutan yang terlibat semasa proses
mitosis.

Cadangkan strategi/kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut.

1) Pelajar dibahagikan kepada satu kumpulan empat orang dan melakukan
simulasi bagi menggambarkan setiap peringkat dalam mitosis.

2) Guru menggunakan kaedah Jigsaw di mana satu kumpulan terdiri daripada
tiga orang pelajar dan diberikan terminologi yang berbeza. Kemudian, ahli
kumpulan yang berlainan mendapat terminologi yang sama berbincang dan
kembali kepada kumpulan asal untuk memberi penerangan berikutnya.
Kemudian, guru menguji dengan melakukan ujian atau kuiz.

3) Guru menggunakan kaedah mnemonik untuk mengingat turutan peringkat
dalam mitosis. Guru boleh menyuruh pelajar cuba untuk membina perkataan
sendiri. Contohnya P MAT untuk Prophase, Metaphase, Anaphase dan
Telophase.

Aktiviti 1 M2

Selepas mengikuti program BIG, refleksi ke atas masalah dalam diri anda.

Saya masih lagi mempunyai beberapa masalah dengan dari segi pengurusan masa dan sifat kepimpinan.

Senaraikan penambahbaikan yang perlu dilakukan di dalam diri anda

Menepati masa dan terlibat dalam aktiviti secara sukarela.

Rancang pelan tindakan untuk menambahbaik
-matlamat
1. menjadi seorang guru yang berdisiplin dan mementingkan masa dalam
kehidupan seharian.

2. menjadi seorang guru yang boleh memimpin bukan sahaja di dalam kawasan
sekolah malah di dalam komuniti masyarakat.

-objektif
membentuk sikap yang positif dan berdisiplin dalam hidup.

Pelan Tindakan
Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil
Menetapkan matlamat dalam hidup.

Rancang bagaimana anda ingin mengumpul data
Melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti dan menyimpan data penglibatan.

Bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang terlaksana
Menemubual rakan-rakan yang rapat.

Bagaimana anda ingin menilai sama ada apa yang dirancang dan dilaksanakan tercapai
Menyenaraikan semua aktiviti yang terlibat dan membuat refleksi.




Model Rekabentuk Kajian Tindakan


Figure 1 Simple Action Research Model (Kemmis 1986)
Model tersebut menunjukkan satu bentuk kitaran tindakan dan refleksi
dan dibahagikan kepada fasa perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.
Kitaran boleh bermula pada mana-mana fasa dan tidak akan berhenti selepas
satu kitaran lengkap tetapi akan berterusan sehingga objektif kajian tercapai.
Perancangan
1. Guru membuat perancangan setelah mengenalpasti
masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Contoh masalah ialah pelajar tidak menunjukkan minat
dalam subjek sejarah ketika kaedah kuliah dijalankan.
Guru mencari kaedah yang lebih sesuai seperti kaedah
perbincangan dalam kumpulan.
Tindakan
2. Guru membuat tindakan dengan menukar gaya
penyampaian dan pengajaran lebih berpusatkan
kepada pelajar. Contohnya, guru membahagikan
pelajar kepada kumpulan dengan ahli empat orang.
Guru memberikan tajuk kepada setiap kumpulan
dan menyuruh mereka melakukan perbincangan dan
memberikan pendapat.
Pemerhatian
3. Guru boleh melakukan pemerhatian terhadap
tingkahlaku pelajar ketika mereka melakukan
perbincangan di dalam kumpulan. Kemudian,
guru boleh menemu bual beberapa pelajar daripada
setiap kumpulan untuk mendapatkan reaksi mereka.
Refleksi
4. Guru membuat refleksi dan penilaian apa yang berlaku, kekurangan
dan penambahbaikan. Jika tiada perubahan,guru
boleh mengkaji kaedah pengajaran lain. Seterusnya, kitaran
ini diulang sehingga pelajar menunjukkan minat dan
memberikan tumpuan kepada subjek sejarah.

Kuliah M2


Rekabentuk Kajian Tindakan
Terdapat empat langkah asas bagi rekabentuk kajian tindakan iaitu:-
1. Perancangan
2. Pelaksanaan Tindakan
3. Pemerhatian
4. Refleksi dan Penilaian


Jenis Kajian Tindakan

Terdapat empat jenis kajian tindakan iaitu:-


individu
- melibatkan hanya seorang penyelidik membuat kajian dan fokus kepada satu isu pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah seperti pengurusan kelas, strategi memberi arahan, penggunaan bahan bantu mengajar dan sebagainya. Perkongsian data mungkin terhad atau tidak dikongsi langsung melainkan penyelidik membuat laporan secara formal dan mengadakan pembentangan ketika mesyuarat, persidangan, seminar atau dijadika sebagai jurnal.

kolaboratif
- melibatkan lebih daripada dua orang penyelidik sama ada terlibat dalam bidang yang sama atau berlainan tetapi memfokus hanya satu isu dalam bilik darjah atau dengan kata lain, satu masalah yang sama dalam bilik darjah yang berlainan.

sekolah
-melibatkan satu isu yang sama di peringkat sekolah seperti meningkatkan keaktifan ibu bapa dalam aktiviti di sekolah seperti majlis penyampaian anugerah tahunan kepada para pelajar.

daerah
- melibatkan isu yang berkaitan dengan organisasi, komuniti, prestasi atau proses membuat keputusan. Para penyelidik mengkaji satu isu yang sama di beberapa buah sekolah di peringkat daerah. Kajian ini kompleks dan memerlukan sumber yang lebih banyak dan agak sukar untuk mengerakkannya.

Tujuan Kajian Tindakan

1. Membantu guru berhubung dengan penambahbaikan
kebiasaan atau budaya pengajaran dalam bilik darjah.

2. Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal,
kaya dengan idea
baharu, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian
terhadap kurikulum dan kokurikulum.

3. Menyediakan ruang kepada guru untuk menggilap kreativiti
dan inovasi
terutama dalam menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan
pembelajaran murid.

4. Penggunaan kaedah baru dalam pengajaran membolehkan
guru
mengubahsuai amalan pengajaran. Ini seterusnya akan meletakkan guru
tersebut dalam satu perubahan budaya lama dan perubahan sikap.
Ini penting untuk melahirkan warga pendidik yang berkualiti.

5. Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami
amalan pengajaran
guru, amalan pemelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah
dan sebagainya.

6. Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pemelajaran,
memudahkan
pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki
amalan sendiri

7. Jika dilakukan secara berpasukan, pelaksanaan kajian
tindakan dapat
memupuk semangat kekitaan dan permuafakatan di kalangan guru-guru.
Selain daripada wujudnya perkongsian idea, sebarang masalah semasa
pelaksanaan kajian juga dapat diselesaikan bersama-sama.

Kuliah M1


Kajian tindakan?

Kajian tindakan ialah suatu proses di mana seseorang itu meneliti amalan pengajaran dan pembelajarannya sendiri secara sistematik dengan menggunakan teknik kajian tertentu. Kajian ini juga boleh dipanggil sebagai satu bentuk amalan refleksi kendiri kerana ia melibatkan pemikiran seseorang tentang sesuatu dan refleks pada kerja yang dilakukannya.
Dalam kajian tindakan ini, penyelidik itu sendiri yang membuat kajian terhadap diri mereka sendiri berbanding jenis kajian tradisional yang mengkaji diri orang lain dan seumpamanya. Kita memikirkan sendiri tentang kehidupan dan pekerjaan sendiri dan ini melibatkan kita sendiri yang menanyakan kepada diri kita sendiri kenapa kita membuat suatu perkara tersebut dan kenapa kita bertindak sebegitu.
Apabila kita menghasilkan laporan kajian, ia menunjukkan kita telah melakukan satu kajian yang sistematik yang menunjukkan kelakuan kita dan sebab kenapa kita melakukan kelakuan tersebut. Laporan tersebut menunjukkan proses sepanjang yang kita lalui untuk mencapai kefahaman yang lebih baik tentang suatu perkara dan kemudian kita boleh memperkembangkan dan melakukan penambahbaikan kemahiran kita sendiri.


Sunday, April 26, 2009

Apakah Kajian Tindakan Dalam Pendidikan?

Kajian tindakan dalam pendidikan ialah suatu kajian yang sistematik di mana melibatkan proses pengumpulan data, penganalisaan dan penilaian di mana guru itu sendiri bertindak sebagai seorang penyelidik. Guru boleh melakukan penyelidikan yang berkaitan dengan suatu isu atau masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana penyelidikan tersebut boleh memperbaiki dan memperkembangkan proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja untuk pelajar tetapi juga guru itu sendiri. Kajian tindakan itu sendiri melibatkan kajian dan tindakan yang perlu dilakukan oleh penyelidik.
Contoh kajian tindakan yang boleh dilakukan oleh seorang guru di dalam bilik darjah ialah mengkaji kenapa pelajar lelaki cenderung memilih untuk berada di bahagian tempat duduk belakang berbanding di hadapan ketika pengajaran dan juga kurang aktif ketika berada di dalam kelas. Guru boleh melakukan kajian melalui pemerhatian dan juga menemu bual pelajar-pelajar yang berkaitan. Selain itu, guru boleh mencuba pelbagai kaedah untuk penyelesaian kepada masalah tersebut kemungkinan seperti mempelbagaikan kaedah pengajaran dan melibatkan mereka dalam memberi pandangan. Guru juga boleh mengarahkan pelajar membuat susunan meja yang bersesuaian dan sebagainya. Selepas guru membuat pelbagai tindakan, guru perlu memerhati perkembangan atau kemajuan para pelajar tersebut dan membuat refleksi tindakan.