? ??????????????Amazing? ????? ?????? ???Rating: 4.7 (49 Ratings)??21 Grabs Today. 9861 Total Grabs. ?????
?Get the Code?? ?? ????5?? ?????Lovenotes? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (4 Ratings)??20 Grabs Today. 625 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Saturday, October 17, 2009

Mini Kajian Tindakan A

Gggb5023 Mini Kajian Tindakan A

Monday, June 22, 2009

Proposal Kajian Tindakan

Proposal Kajian Tindakan

Analisis Data (Kuliah 9 Jun 09)

Pensyarah: Puan Norsakinah

Analisis Data
ialah proses menggunakan data untuk memberikan maklumat berguna untuk cadangkan kesimpulan dan menyokong keputusan. Pastikan ada sekurang-kurangnya tiga atau lebih jenis data untuk dianalisis.


Data kualitatif dan kuantitatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu proses analisis.

Cari pola & kategori, persamaan, terangkan trend & pertanyaan, katalogkan pemerhatian, bilang & bandingkan dan buat anggaran

Langkah analisis data kualitatif
Langkah 1
- Tengok secara lalu maklum balas
- Ambil nota atas tema yang muncul, isu @ faktor yang penyelidik dengar
- Cari item yang berulang @ penting

Langkah 2
-Pilih tiga atau empat tema/kategori yang muncul & bina matriks
- Cuba buat carta bukti berkaitan dengan tema utama
- Tempatkan tema kategori di atas & senaraikan pelajar di tepinya
- Penyelidik mungkin boleh menggunakan warna kod untuk setiap kategori yang berlainan

Langkah 3
- Jika boleh, bincang tinjauan dengan pendidik lain
- Baca tinjauan (soal selidik), highlight kata kunci yang berkaitan dengan tema/ kategori yang
telah dikenalpasti
- seterusnya, rekodkan dapatan dalam kotak bersesuaian dalam carta matriks yang dibina

Langkah 4
- Tanya (apa yang saya dapat)
- rekod pemerhatian pola yang muncul semasa kamu lihat matriks
- tulis/rekod pemerhatian bawah matriks
-contoh: 2 orang pelajar (Siapa yang cakap banyak)
- takut sentiasa disebut beberapa kali
- sokongan bacaan jurnal

Langkah 5
- apa kesimpulan yang boleh kita buat
- rekod kesimpulan sama ada bawah matriks @ atas kertas yang berlainan

Langkah 6
- apa langkah seterusnya yang boleh dibuat
- tinjauan (soal selidik lain)/temubual/penilaian
- semak semua persoalan kajian
-bina modul/aktiviti
-jangan lupa rekod apa yang dibuat dalam matriks
-apakah maklumat yang masih diperlukan:-
- atas pelajar
- atas kaedah
- maklum latar belakang untuk tajuk ini

Penggunaan Data dalam Plan-Do-Study-Act Cycle
Plan
- Nilai & ringkaskan semua data yang kita ada
- Analisis & kenalpasti tema utama
- Kenalpasti sumber data yang akan memberikan ukuran progress kemajuan

Do
-Kumpul data
- Buat kajian rintis untuk memastikan strategi pengukuran dipenuhi

Study
-Analisis data yang telah dikumpulkan & buat kesimpulan

Act
- Kenalpasti soalan tambahan
- rancang untuk penambahbaikan berterusan
-mengumpulkan data & analisis data merupakan proses berterusan dalam penyelidikan
tindakan
- kita mungkin tidak dapat keputusan yang kita dikehendaki tetapi tidak usah risau
- dapatan kajian bertujuan untuk beri panduan & memperbaiki pengajaran kita seterusnya

Ringkasan Data Analisis
Panduan
-Rekabentuk pendekatan sistematik, simpan semua data
- Cuba faham, maklumat yang ingin disampaikan oleh data
-Cari tema & pola
- Susun data berdasarkan apa yang kamu pelajari daripada data
-Masukkan semua data, termasuk data yang tidak menyokong apa yang kita cari
- Baca & baca data lebih daripada sekali
- Bina imej visual
- Tulis nota ringkas untuk diri sendiri
- Kongsi dapatan, perbincangan akan timbulkan soalan baru
- let data speak to you

Proses
- analisis semula data & buat nota sepanjang masa
- cari tema & pola
- ringkaskan tema kepada 3-5 idea
- lihat kembali data & semak tema2 yang telah dibuat
-bina subtema jika perlu
-simpan nota secara berterusan, malah dapatan kadangkala boleh mengejutkan kita
- semak maklumat untuk cari idea yang kerap @ dominan muncul
-kenalpasti poin utama
- cari maklumat untuk menyokong dapatan kajian

Proposal Kajian Tindakan (Kuliah 8 Jun 09)

Pensyarah: Cik Hajah Halimah

Bab 1
Tujuan
Objektif
Persoalan Kajian

Bab 2
Literatur

Bab 3
Prosedur Kajian
Rancangan Harian Mengajar
Contoh Alat Bahan Mengajar
Langkah-langkah kajian yang dijalankan

Bab 4
Pengumpulan Data
-Data awal, temubual, statistik (data mentah), pemerhatian, jurnal pelajar, gambar, video, hasil
pelajar

Thursday, June 4, 2009

Kuliah M7

Pensyarah: Hajah Halimah Harun

Aktiviti 1: Pembentangan Proposal Secara Rawak Mengikut Subjek Berbeza

Terdapat lima buah kumpulan yang bertuah terpilih iaitu:-

Ketua Kumpulan 1:Latiffi
Subjek: Sejarah
Tajuk: Meningkatkan Penghayatan Pelajar dalam Mata Pelajaran Sejarah melalui Komik

Ketua kumpulan 2: Hafiz Hassan
Subjek: Bahasa Melayu (Kesusasteraan Melayu)
Tajuk: Meningkatkan Kefahaman dan Minat Pelajar dalam Kesusasteraan Melayu (Puisi) melalui Permainan Mencari Harta Karun

Ketua kumpulan 3: Ahmad Fadli
Subjek: Biologi
Tajuk: Meningkatkan Penggunaan Kata Kunci Melalui Kaedah Reka Cipta Lagu dalam Mata Pelajaran Biologi Tingkatan 4Kumpulan

Ketua kumpulan 4: Junaidon
Subjek: Pendidikan Jasmani
Tajuk: Meningkatkan Kemahiran Menyangga dalam Permainan Bola TamparKumpulan

Ketua kumpulan 5: Faizal
Subjek: Bahasa Inggeris
Tajuk: Meningkatkan Penguasaan Sebutan Bahasa Inggeris pada Pelajar Sekolah Tahun 2

Selepas kumpulan melakukan pembentangan, para pelajar yang lain diminta memberi soalan atau pandangan tentang teknik yang dilaksanakan dengan kesesuaiannya supaya penambah baikan dapat dilakukan terhadap proposal yang telah dicadangkan.

Aktiviti 2: Setiap pelajar diminta menulis apa yang pelajar faham setakat ini tentang kajian tindakan. Pelajar diberi kebebasan untuk menulis dalam pelbagai bentuk sama ada lebih kepada luahan hati supaya pensyarah dapat mengetahui apa tahap kefahaman pelajar setakat ini.

Sunday, May 31, 2009

Nota Kuliah Ganti M6-290509

Pensyarah: Puan Sakinah

Pengumpulan Data

Terdapat pelbagai teknik pengumpulan data tetapi tidak semua akan menjanjikan kualiti dapatan kajian yang baik. Pengumpulan data memerlukan usaha gigih dan ketelitian yang tinggi supaya dapat menghasilkan kajian yang dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

Tiga sebab perlu capai kualiti tinggi
- tanggungjawab kepada pelajar
-keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain
-keperluan untuk membuat tindakan dan berubah kepada perkara bermanfaat dengan melakukan kajian tindakan

Kriteria Kualiti
-Dua rukun sains dalam senarai penyelidik iaitu kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability)

Kesahan
-merujuk kepada kebenaran data
-dengan mengetahui sama ada data sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena khusus yang dikaji

Kebolehpercayaan
-berkaitan dengan ketepatan data
-masalah kebolehpercayaan dalam pendidikan selalu apabila data diambil dari sampel yang terlalu kecil
-sehubungan dengan itu, untuk penambahbaikan data penyelidikan tindakan, kita perlu selalu tanya:
> adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat realiti?
> bolehkah saya berfikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data?


5 tahap kajian
-mengenalpasti masalah
-perancangan tindakan
-mengumpul data
-analisis data
-perancangan untuk tindakan seterusnya

Alat pengumpulan data
-pemerhatian (videotape)
-nota guru & komen
-kerja pelajar
-refleksi pelajar dan kerja
-jurnal pelajar
-ujian
-tinjauan soal selidik
-temu bual (audiotape)

Tugasan
Kemaskini proposal yang telah dibuat sebelum ini khususnya di bahagian pengumpulan data

Kertas Cadangan Kajian Tindakan 25 May 2009

Kertas Cadangan Kajian Tindakan Group 250509

Tuesday, May 26, 2009

Persamaan dan Perbezaan Jurnal

Perbezaan Dan Persamaan Jurnal

Monday, May 25, 2009

Nota Kuliah Minggu 6 (Aktiviti 1 M6)

Pensyarah: Cik Hajjah Halimah Harun

Aktiviti 1: Pengenalan Diri

1. Nama
2. No matrik
3. Alamat rumah
4. Program
5. Ijazah Sarjana Muda yang diterima dan dari universiti mana
6. Status
7. Nama guru yang disukai dan kenapa pilih sebagai idola
8.Nama guru yang tidak disukai dan mengapa?
9.Kenapa mahu menjadi guru?
10.Perihalkan peranan seorang guru
11. Lukis gambar pokok dan tulis tarikh lahir

Kesimpulan:

Seorang guru perlu mengenali pelajar-pelajarnya sebelum memulakan suatu pengajaran. Lebih-lebih lagi guru yang tidak pernah memasuki atau baru ditugaskan mengajar. Ini penting untuk membina perhubungan yang baik antara pelajar-guru dan memudahkan komunikasi di dalam kelas.

Pokok yang dilukis menandakan personaliti atau karakter seseorang sama ada teguh atau tidak pendirian seseorang. Pokok yang besar dikatakan karakter seorang guru yang berpendirian teguh manakala pokok yang kecil sebaliknya.
Apa itu Analisis Personaliti

Analisis personaliti amat berguna bagi memahami tingkah laku seseorang tanpa mengenal latarbelakang usia, tempat tinggal, bangsa, ideologi mahupun kepercayaan mereka.
Ia menjadi salah satu langkah kita meningkatkan muasabah diri dan kualiti diri. Analisis ini hanya sebagai garis panduan bukan sebagai satu penilaian total personaliti insan kerana sifat manusia amat subjektif dan yang tepat pengetahuannya hanya Allah swt yang mengetahuinya.

Moving Science Off the "Back Burner": Meaning Making Within an Action Research Community of Practice (Ulasan Jurnal 3)

Abstract

In this study, the participants conceptualized and implemented an action research project that focused on the inquiry principles into a neglected science curriculum. Specific objectives were to find a) What factors challenge and support the evolution of an action research community of practice? b) How are teachers' belief s about science teaching and learning transformed? and c) How does teachers' knowledge of curriculum, instruction, assessment and student learning change as a result of learning within a community of practice? In this instrumental case study (Stake 2000, In N.K. Denzin, & Y.S. Lincoln (Eds.), Handbook of qualitative research (pp. 435-454). Thousand Oaks, CA: Sage), a range of data collection sources and methods were adopted. Outcomes focus on how the design principles for cultivating a community of practice emerged in the action research group, as well as the types of teacher learning that occured by engaging in action research.
Ulasan Artikel
National Research Council (NRC) mencadangkan penekanan diberi pada penyelidikan ke dalam pengajaran, pengetahuan pengajaran dan sains integrasi dan konsep baru guru sebagai pengeluar pengetahuan, sumber dan fasilitator perubahan. Dalam kajian ini digambarkan memeriksa pembelajaran guru sekolah rendah di dalam amalan komuniti kajian tindakan dan keadaan yang menyumbang kepada amalan mendidik komuniti yang produktif. Pembelajaran guru mengenai penyelidikan pengajaran dan pembelajaran dalam sains diteroka mengunakan rangka konsep yang dicadangkan oleh Magnusson et. al yang mengambarkan pengetahuan kandungan pedagogi guru.
Rita seorang pengetua memberitahu yang sains telah disisihkan untuk beberapa tahun yang lepas dalam sekolah rendah dan daerah. Tenaga dan masa yang sedikit dilaburkan untuk membantu peningkatan pengajaran guru dalam subjek tersebut.
Model
Model yang digunakan ialah 4 peringkat oleh Sagor(2004) iaitu perancangan (planning), tindakan (acting), pemerhatian (observing) dan refleksi (reflecting).
Sampel
Seramai enam orang guru: guru gred 1 (Kara), tiga orang guru gred 2 (Jean,May dan Lynn) dan dua orang guru gred 2 (Sharon dan Pam).
Seorang pembantu pengetua, seorang pengetua dan seorang penyelidik universiti (penulis) menyertai dalam perancangan sesi persekolahan dan menyokong kumpulan guru dengan pelbagai cara.
Setting
Kumpulan berasaskan sekolah terletak dalam satu komuniti dengan jarak 1900 km dari universiti. Kajian ini dijalankan selama 9 bulan dari September 2004 hingga May 2005. Sekolah rendah sehingga gred K-3 dengan 405 pelajar dan 30 kakitangan guru.
May guru baru empat tahun dengan kelas gred 3 terdiri daripada 7 lelaki dan 12 perempuan; 5 orang menerima program pengubahsuaian.
Sharon, 8 tahun pengalaman, kelas gred 3 seramai 21 pelajar terdiri daripada 7 orang mengikuti program pengubahsuaian kurikulum.
Kara, guru gred satu mempunyai pengalaman tujuh tahun mengajar dan menjalankan kajiannya dalam kelas seramai 21 orang pelajar yang terdiri daripada 10 lelaki dan 11 perempuan dengan kebolehan dari biasa hingga tinggi.
Jean, guru gred dua, 21 tahun pengalaman mengajar, kelas seramai 18 orang pelajar yang terdiri daripada 10 perempuan dan 8 lelaki dengan kebolehan yang heterogen.
May, 21 tahun pengalaman, kelas gred dua seramai 21 0rang terdiri daripada 12 lelaki dan 9 orang perempuan dengan 4 orang mengikuti kurikulum pengubahsuaian dan seorang menghadapi masalah lambat.
Lynn berpengalaman 29 tahun, mengajar dalam kelas seramai 18 lelaki dan 4 perempuan dengan kebolehan heterogen.
Semua guru telah mengikuti persediaan pendidikan pada tahap K-6 dan telah menghabiskan kursus pendidikan metodologi sains. Lynn major dalam sains manakala Sharon minor dalam sains. Guru-guru yang lain hanya mempunyai sedikit persediaan untuk mengajar sains. Jean melengkapkan kursus sainsnya semasa di sekolah tinggi manakala Kara, May dan Pam melengkapkan kursus sains semasa di universiti.
Pengumpulan Data & Penganalisaan Data
1) Audiotaped planning meetings
Keseluruhan kumpulan mengadakan 8 kali perjumpaan secara formal (40 jam). Empat
daripada perjumpaan berlangsung secara atas talian menggunakan Elluminate Live Versi 5
sementara perjumpaan lain secara bersemuka. Semua perbualan direkodkan dan disalin kemudian. Dua hari sepenuhnya sesi mesyuarat berlangsung di tapak sekolah dibantu dengan pengetua. Penulis merekodkan nota lapangan selepas sesi perjumpaan dan perancangan.
2) Dokumen
Rancangan harian peserta dan bahan-bahan lain diteliti untuk analisis data dan penaksiran.
3) Jurnal
Setiap peserta projek menyimpan satu jurnal elektronik sepanjang kajian dijalankan untuk
refleksi kumpulan dan individu.
4) Temu bual tidak formal
Pada permulaan dan akhir projek, temu bual secara tidak formal dilakukan dengan para peserta. Semua temu bual dirakam dan ditulis kemudian.
Kesimpulan
Walaupun kajian ini tidak menilai pembelajaran pelajar secara langsung tetapi guru mengumpul bukti tentang keseronokan pelajar ketika pembelajaran sains dengan cara yang baru.

Sunday, May 24, 2009

Qualitative assessment across language barriers: An action research study (Abstrak Journal 2)

Abstract

If students cannot express themselves in language of the assessor, and if the assessor is not familiar with the cultural constraints within which students operate, it is difficult for the assessor to collect evidence of adequate performance. This article describes the assessment of three digital artefacts where the assessor strove to understand, rather than rate the students and their achievement. Three distinct approaches were followed. The first was positivist, rubric-based. The second was post-structural/interpretive, with groupwork and peer assessment. The third was feminist/holistic/ relying principally on students' own presentation of video material of what they did. Data sources include artifacts produced by students, assessment rubrics and assessment scores. Results indicate that qualitative assessment with criteria negotiated between the instructor/assessor, the twelve learners and their peers over a period of two years, allowed for a thick description of evaluation experience that adds to student development. Further research needs to be conducted into standardizing the procedures of auditing assessments rather than standardizing procedures of assessing.

Ulasan artikel

Artikel ini merupakan sekuel kepada cerita pengajaran penulis kepada program tahun 2 sarjana dalam ICT untuk pendidikan di Khartoum, Sudan. Tujuan artikel in bukanlah untuk membuktikan atau menolak sebarang teori penilaian persilangan budaya tetapi sekadar untuk berkongsi bagaimana penulis berhadapan dengan manifestasi praktikal yang berbangkit apabila penulis dan dua orang rakannya membuat pembentangan. Kunci soalan kajian ialah bagaimana kita menilai secara adil kumpulan yang tidak berkongsi bahasa pertama atau budaya yang sama atau bagaimana pengajar dan pelajar saling memahami walaupun terdapat halangan budaya dan bahasa.

Dari segi bahasa, masalahnya pelajar boleh memahami dengan baik. Mereka boleh membaca dalam bahasa Inggeris dan dalam kumpulan mereka saling menyokong antara satu sama lain dalam pembacaan dan pentafsiran artikel Inggeris. Tetapi mereka ini malu untuk bercakap di dalam bahasa Inggeris dan penulisannya juga agak lemah. Oleh itu, walaupun mereka tahu dan faham suatu isi kandungan dan mereka bolehmengaplikasikannya , kebolehan mereka untuk menunjukkan dirosakkan oleh ketidakbolehan menulis dengan baik.

Metodologi

Metodologi kajian tindakan yang digunakan ialah satu penyelidikan refleksi kendiri dalam skala kecil dan untuk menambahbaikan amalan.

Kajian tindakan sebagai metodologi dipilih kerana posisi penyelidik itu sendiri yang terlibat atau menjadi peserta dalam proses kajian. Oleh itu, kajian ini dijalankan dari segi perspektif dalaman dan bukan luaran. Tujuan kajian ini bukan untuk membuktikan tetapi lebih kepada perkongsian.

Model

Penulis kajian ini tidak menyatakan reka bentuk model yang diikuti. Tetapi berdasarkan penulisan, didapati penulis membuat tiga kitaran yang menggunakan cara yang berbeza tetapi masih lagi berasaskan sesawang (web)kerana tidak berlaku penambahbaikan.

Sampel

Seramai dua belas pelajar Universiti Sains & Teknologi Sudan terlibat dalam kajian ini. Para pelajar ini diwajibkan mengikuti satu program intensif bahasa Inggeris dan latihan literasi komputer selama enam bulan.

Setting

Makmal komputer

Prosedur

Bagi menggantikan kaedah memberi kuliah yang digunakan sebelum ini, penulis memberikan tugasan yang melibatkan penggunaan teknologi di mana penulis berharap pelajar dapat membina pengetahuan mereka sendiri. Pelajar disuruh membina satu portfoilio digital mengandungi semua kerja sepanjang kursus.


Pengumpulan data dan penganalisisan data

Sumber data daripada kajian ini ialah artifaks digital yang dihasilkan oleh para pelajar, temu bual yang dijalankan oleh penulis dan rakaman video aktiviti yang dilakukan pelajar. Selain itu, instrumen penilaian dan hasil penilaian yang dihasilkan semasa penilaian.

Kesimpulan

Kitar pertama menunjukkan penilaian positivis mempunyai korelasi yang tinggi antara pelajar dengan gred penilai tetapi cenderung ke arah lebih mekanikal. Jika setiap pelajar mengetahui setiap item yang dinilai maka kemahiran kreativiti mereka tidak diserlahkan.

Kitar kedua menunjukkan nilai dalam kumpulan di mana pelajar belajar antara satu sama lain tetapi kerja yang dihasilkan masih lagi ada keserupaan(identical)

Kitar ketiga menunjukkan strategi penilaian yang berterusan dan holistik di mana keseluruhan proses dipantau dan membenarkan kita mendapat gambaran yang jelas tentang perjalanan pembelajaran dan wujud kesefahaman setara (commonality) tentang apa yang pelajar telah belajar.


Penulis mendapati menerusi kajian ini menunjukkan komunikasi lebih penting daripada bahasa. Walaupun penulis langsung tidak faham bahasa Arab, tetapi beliau boleh melihat atau membaca dari segi bahasa tubuh pelajar, mimik muka dan



























Preservice Teachers' Use of Action Research to Implement Alternatives to Round Robin Reading (Abstrak Journal 1)

This article describes two preservices teachers' use of action research to examine their beliefs and practices regarding oral reading in the classroom. These teachers revisited in depth the research-based practices taught in their reading methods courses and selectively and thoughtfully implemented alternatives to round robin reading (RRR) in their elementary and special education students teaching placements. During their first year of teaching, they succumbed to the multiple demands of the classroom, reverting to RRR on occasion; however, both are committed to replacing this potentially harmful exercise with more effective oral reading practices.

Ulasan artikel

Guru lebih suka mengajar seperti yang pernah diajar kepada mereka daripada mereka diajar untuk mengajar. Maksudnya seseorang guru tersebut akan mengajar pelajarnya seperti yang pernah guru kepada guru tersebut mengajarnya dan bukannya menggunakan teknik pengajaran yang guru tersebut belajar. Pembacaan secara lisan di dalam kelas tidak terkecuali. Opitz & Rasinski (1998) menyatakan guru novis lebih suka menggunakan kaedah tradisional berbanding dengan kajian berasaskan praktikal yang pernah mereka belajar di dalam kelas kaedah pengajaran.

Kaedah pembacaan round robin (RRR) telah lama digunakan sejak beberapa tahun dahulu dikatakan telah ketinggalan zaman dan mewujudkan pelbagai masalah untuk pelajar. RRR ini merupakan kaedah guru memanggil para pelajar seorang selepas seorang untuk membaca secara lisan.

Tujuan

Terdapat dua tujuan projek ini dilakukan iaitu untuk menyokong pelajar guru ini belajar tentang strategi pembacaan lisan secara kajian dan melaksanakannya dalam kelas dan keduanya ialah untuk mengkaji bagaimana pelajar guru ini mengubah pengajaran mereka melalui menjadi penyelidik sendiri.

Model

Kajian tindakan yang dilakukan oleh penulis berdasarkan kajian ke atas kerja Santa, Isaacson, and Manning (1987) yang menjumpai kajian tindakan menjadi lebih berkesan dalam membantu guru sekolah rendah mengubah amalan pembacaan lisan.

Penulis membimbing pelajar guru menggunakan model Stringer’s (1999) yang ringkas dan tidak berbelit-belit merangkumi tiga peringkat iaitu perhati, fikir dan bertindak untuk membantu mereka menpis pemikiran mereka tentang pembacaan lisan dan laksanakan strategi alternatif ke atas RRR.

Sampel

Penulis memasukkan Kristen Swope & Ikaika Perreira merupakan pelajar dalam program pendidikan di Universiti Brigham Young Hawaii untuk mengambil bahagian dalam projek kajian tindakan ini untuk mengkaji amalan pembacaan lisan. Pelajar-pelajar ini telah menguasai elemen asas dalam memberi arahan secara berkesan dan berjaya menguruskan kelakuan kelas.

Setting

Pada tahun pertama pengajaran, Ikaika menjadi guru sekolah menengah di mana keseluruhan kelasnya adalah pendidikan khas. Tahap pembacaan pelajarnya dari gred satu hingga sepuluh. Manakala Kristen mengajar di sekolah pendalaman di mana kebanyakan sistem ekonomi sosial pelajar adalah rendah.

Prosedur

Pada peringkat Melihat (look):

Mereka membaca Good-bye Round Robin: Twenty –five Effective Oral Reading Strategies (Opitz & Rasinski 1998) di mana menjadi sumber utama strategi yang mereka gunakan dalam pengajaran pembacaan lisan seperti yang dipilih, dilaksana dan reflek ke atas penggunaan alternatif RRR di dalam kelas mereka.

Ikaika:
Melalui artikel tersebut, Ikaika mendapati memaksa pelajar untuk membaca pada kadar pembacaan pelajar lain merupakan penyebab utama kepada masalah disiplin di dalam kelas. Ikaika berikrar tidak akan menggunakan RRR lagi.

Kristen:
Perasaan Kristen sama dengan apa yang dihadapi oleh pelajarnya apabila disuruh membaca di khalayak ramai . tetapi beliau tidak memikirkan yang pelajarnya mengalami perasaan yang sama. Beliau berasa bersalah kerana memarahi pelajar dan sedar perlu melakukan penambah baikan dalam amalan pengajarannya.

Fikir(Think)

Stringer 1999 mengambarkan peringkat ini sebagai masa untuk membina penerangan ke atas a) memanjangkan pemahaman mereka tentang apa yang berlaku dan bagaimana ia berlaku b) membangunkan pembinaan bersama untuk tafsir dan menerangkan masalah di bawah penyiasatan.

Kristen:
Saya menggunakan RRR semasa pengajaran kelas saya kerana saya tidak mengetahui yang ia satu cara yang berbahaya. Saya ingat semasa saya masih kecil saya melakukan RRR oleh itu saya melakukan perkara yang sama ke atas pelajar saya. Sekarang saya mengetahui terdapat pelbagai strategi yang berkesan dan bagus.
Ikaika:
Pada hari saya diberi Good-bye, aktiviti RRR di dalam kelas dihentikan. Saya memberitahu teman supaya berhenti daripada menggunakan RRR. Jika saya mempunyai kebolehan, saya akan beritahu semua guru di dunia supaya berhenti daripada menggunakan RRR kerana ia memusnahkan pelajar.
Tindakan(Act)

Stringer (1999) mendefinisikan peringkat ini sebagai penyelidik untuk formulasi solusi praktikal ke atas masalah yang mereka lihat. Pada peringkat ini pelajar guru mula melaksanakan strategi alternatif ke atas RRR.

Ikaika:
Pelajar gred 6 saya boleh mengambil bahagian dalam strategi dikenali sebagai membaca seperti di dalam watak. Di dalam strategi ini, pelajar diminta mencari petikan dalam Tuck Everlasting yang terdiri daripada 10 barisan dan termasuklah dialog sekurang-kurangnya dua karakter. Pelajar tidak biasa dengan perkataan petikan dan memerlukan definisi. Pelajar menghadapi masalah untuk mencari petikan kerana mereka tidak mengetahui maksud petikan. Selain itu, pelajar juga tiada kemahiran mengskim petikan. Bagaimanapun kesukaran awal tidak bererti pengajaran gagal tetapi sangat berjaya. Kebanyakan pelajar mula membaca dengan kuat kepada diri mereka sendiri dan berlatih bahagian mereka sehingga berjumpa dengan petikan mereka. Saya nampak pelajar yang sukar dari segi kelakuan juga terlibat,

Kristen:menggunakan kaedah pembacaan senyap dan coral speaking
Apabila pelajar mula membaca saya begitu kagum. Saya tiada masalah pengurusan langsung. Ia merupakan sangat sukar apabila pembaca habis sementara pembaca lain masih berusaha untuk menghabiskan pembacaan mereka. Saya sungguh tidak menyangka terdapat jurang antara pelajar yang habis awal dan terakhir. Saya fikir ia lebih bagus daripada RRR.

Realiti tahun pertama pengajaran

Dalam situasi yang baru, adakah mereka mengekalkan untuk menghapuskan RRR dalam amalan mereka?

Ikaika:
Saya mengaku menggunakan RRR untuk beberapa sebab tertentu. Untuk satu sebab, saya berasa malu untuk dibincangkan ialah mudah dalam perancangan dan saya kemudiannya berbalik semula ke RRR.

Kristen:
Menggunakan RRR kerana sebahagian daripada program pengajaran di sekolah tersebut
Mulanya, kami membaca secara nyanyian kemudian setelah pelajar bertambah maju saya tidak dibenarkan menggunakan kaedah tersebut.

Pengumpulan dan Penganalisisan Data

Sumber data yang digunakan termasuklah jurnal refleksi yang diuruskan secara konstan oleh pelajar guru, rancangan yang terperinci untuk pengajaran yang dilaksanakan semasa projek dan nota yang dokumen tentang proses yang digunakan.

Sebagai tindakan susulan, penulis kemudian akan menemu bual pelajar guru ini semasa penempatan tahun pertama pengajaran tentang penggunaan RRR dan kesan ke atas pengajaran baru dalam kajian tindakan semasa pengalaman mengajar.


Kesimpulan dan implikasi

Pengalaman kami dengan projek ini mengajar kami seperti berikut:
1) Guru pelatih boleh engage dalam kajian tindakan dan berjaya melakukannya. Fakulti boleh menggalakkan mereka mengambil bahagian dalam kajian. Pengalaman ini memperkenalkan mereka kepada proses kajian awal dan boleh sebagai pemangkin untuk menjadi guru penyelidik. Bagaimanapun, rekomen ini terhad kerana kami memilih pelajar guru yang kuat. Walaupun potensi faedah kepada banyak pihak, pelajar guru yang bergelut dengan perancangan, pengajaran atau pengurusan mungkin tidak boleh memberikan tenaga dan masa yang diperlukan untuk projek tersebut.

2) Kedua-dua pelajar menggunakan RRR semasa tahun pertama pengajaran. Implikasi yang berlaku di sini memerlukan tindakan susulan. Satu semester yang berjaya tidak mengubah tabiat apabila terlibat dengan kesukaran. Guru novis perlu diberi galakan untuk mengunakan kaedah alternatif supaya RRR dapat dihapuskan



Kebolehpercayaan & Kesahan Kajian Tindakan

Penyelidik perlu mendapatkan orang lain untuk bersetuju dengan dakwaan yang dibuat. Apabila mereka bersetuju, dakwaan yang penyelidik lakukan adalah sah dan boleh diteruskan. Tetapi, sekiranya mereka tidak bersetuju, penyelidik perlu melihat dan memikirkan kembali kajian yang dilakukan. Penyelidik juga perlu mencari kritikan daripada kumpulan kawan pengkritik di mana mereka ini bersikap konstruktif, maklum balas yang tidak sentimental dan sedar yang perlunya untuk mencabar pemikiran penyelidik. Mereka mungkin terdiri daripada rakan sekerja, rakan sebaya, pelajar, ibu bapa, kawan-kawan atau pemerhati yang berminat. Para pengkritik perlu mengadakan perjumpaan dengan penyelidik untuk mendengar penerangan, melihat data dan menimbang aspek kontekstual. Mereka perlu bersedia untuk memberi maklum balas yang kritikal untuk membolehkan penyelidik melihat dengan lebih mendalam tentang perkara yang tertinggal atau mencari jalan baru.
Kawan kritikal
Secara idealnya, kawan-kawan kritikal perlu bersetuju untuk tinggal dengan penyelidik sepanjang kajian, tetapi perkara ini adalah mustahil. Penyelidik memerlukan seorang atau dua orang kawan pengkritik. Penyelidik mungkin berjumpa dengan kawan kritikal secara perseorangan atau kumpulan mengikut kepada kebolehhadiran mereka. Penyelidik perlu melayan mereka dengan baik kerana mereka begitu berharga dan penting kepada kajian penyelidik. Penyelidik perlu menulis kepada mereka tentang perjumpaan dan nota terima kasih selepas perjumpaan. Setiap kali selepas perjumpaan, tulis rekod ringkas tentang perjumpaan, tandatangan dan tulis tarikh. Kemudian, berikan dua salinan kepada kawan untuk mereka tandatangan dan menulis tarikh. Satu salinan untuk kawan manakala satu salinan lagi untuk penyelidik. Salinan ini boleh dijadikan satu bukti apabila penyelidik ingin menunjukkan keintegritian dalam kajian.
Kumpulan Pengesahan (validation)
Kumpulan pengesahan akan mengandungi tiga atau sepuluh ahli bergantung kepada saiz projek kajian yang dilakukan. Penyelidik boleh menjemput kawan-kawan kritikal atau melantik ahli baru. Penyelidik boleh mencari ahli dalam kumpulan profesional dan juga masukkan ahli yang tidak terlibat secara langsung dalam kajian seperti ketua bahagian. Peranan kumpulan pengesahan berbeza dengan kawan kritikal kerana kumpulan pengesahan perlu berjumpa secara konstan dengan penyelidik dan mendengar tentang kajian yang dilakukan. Kemungkinan tidak semua ahli akan boleh hadir tetapi penyelidik perlu memastikan kebeterusan. Peranan kumpulan pengesahan ialah untuk mendengar, analisis data dan bukti dan memberi maklum balas. Tujuan perjumpaan pengesahan ini ialah untuk membangkitkan persoalan dan kritikan dan tidak meluluskan sesuatu tanpa bukti yang kukuh.
Penilaian keseluruhan terhadap buku ini
Secara keseluruhannya, kandungan buku ini amat membantu saya memahami tentang kajian tindakan. Penulis buku ini juga membangkitkan pelbagai persoalan yang penting dalam memberi petunjuk kepada pengkaji mengenai kajian tindakan. Selain itu, penulis juga menyisipkan contoh-contoh yang senang difahami seperti contoh borang etika dan contoh prosedur pengesahan ketika perjumpaan. Ayat-ayat yang digunakan mudah difahami secara keseluruhan. Tetapi, buku ini kurang menekankan kepada jenis-jenis rekabentuk kajian atau model. Saranan saya ialah supaya tidak terlalu bergantung kepada buku ini tetapi meluaskan pembacaan kepada buku-buku yang lain.

Pengumpulan Data & Penganalisaan Data

Sebelum mencari data, penyelidik perlu mengingat diri sendiri tentang kajian apa yang akan dilakukan dan apakah pengkhususan soalan kajian. Sumber data yang boleh dikumpulkan ialah keputusan peperiksaan, buku rekod pelajar dan guru, jurnal penyelidik, e-mail , video, temubual, bahan bacaan, nota lapangan tentang bagaimana para pelajar memberi tindakbalas, penyelidik boleh menjemput para pelajar membuat jurnal sendiri tentang apa yang mereka belajar. Sebagai contoh lain, buku nota dan latihan pelajar juga boleh dijadikan data sumber data untuk melihat kesalahan ejaan yang dilakukan oleh pelajar tersebut. Guru juga boleh melihat bagaimana pelajar melakukan kerja atau latihan yang diberikan dan seterusnya melihat perkembangan kemajuan pelajar dalam memperbaiki latihan yang diberikan.

Pengumpulan data melibatkan beberapa proses iaitu tahu di mana dan bila untuk mencari data, memerhati apa yang berlaku, merakam, menyimpan dan mengelaskan data dan tahu bagaimana untuk retrieve data tersebut kemudian.

Prosedur Kajian Tindakan (Ulasan Buku)

1) What is my concern?

Penyelidik perlu mengenalpasti perkara atau isu yang ingin diselidiki dan pastikan isu tersebut kecil, tertumpu dan boleh diuruskan atau dikawal. Contohnya seperti bagaimana untuk mencari cara untuk menguruskan masa dengan lebih berjaya. Penyelidik perlu menukar isu kajian kepada satu soalan kajian tindakan. Contohnya isu kajian, saya perlu mengurus masa saya dengan lebih baik manakala soalan kajian tindakan pula ialah bagaimana saya akan menguruskan masa saya dengan lebih baik.


2) Why am i concerned?


Nyatakan sebab kenapa penyelidik mengambil berat tentang isu ini. Berkemungkinan isu tersebut mungkin berkaitan dengan kesan ke atas kerja penyelidik atau nilai-nilai seperti keadilan dan kebebasan.

3) What kinds of experience can i describe to show why i am concerned?

Langkah ini memerlukan pengumpulan data dan menghasilkan bukti untuk menunjukkan situasi tersebut sebenarnya. Data merupakan semua maklumat
yang diperolehi yang berkaitan dengan isu tersebut. Contohnya, penyelidik
merakamkan mesyuarat staf sekolah atau menemubual beberapa orang staf dan pelajar.

4) What can I do about it?

Penyelidik memikirkan apa yang penyelidik itu sendiri boleh lakukan untuk menambahbaik situasi tersebut. Penyelidik seharusnya tidak boleh membuat paksaan ke atas sesiapapun berkaitan keputusan yang diambil. Pada peringkat ini, penyelidik boleh mencuba untuk mempengaruhi para peserta supaya memikirkan semula dan seterusnya melakukan dengan cara yang lain.
Contohnya, saya menerima satu memo daripada seorang rakan menyatakan yang beliau dibuli. Ini menyebabkan saya berasa untuk mengambil berat dan menunjukkan nilai keadilan. Pilihan yang saya ada ialah, cuba mengambil tahu dengan bercakap dengan rakan tersebut, mengalakkan beliau supaya berani atau merancang penemuaan antara beliau dan pembuli dengan saya menjadi orang tengah.

5) What will I do about it?

Pada peringkat ini di mana penyelidik perlu memikir cara yang mungkin. Penyelidik perlu memilih satu pilihan dan diikuti dengan tindakan. Penyelidik akan mengambil perhatian sama ada pilihan tersebut berjaya atau tidak. Jika tidak berjaya, penyelidik perlu mencuba pilihan lain yang ada.

6) What kind of data will i gather to show the situation as it unfolds?

Bagaimana seseorang penyelidik dapat mengetahui yang penyelidik tersebut akan dapat mempengaruhi pembelajaran orang lain? Pada peringkat ini, penyelidik berada dalam peringkat kedua pengumpulan data. Apakah jenis data yang boleh ditunjukkan sebagai bukti yang pengaruh penyelidik dalam pemikiran dan tindakan. Contohnya seperti dairy entry di mana rakan menulis satu diary entry untuk menyatakan yang penyelidik telah menolong mereka untuk memikirkan semula posisi mereka dan bertindak dengan cara yang berlainan sebagai bukti pengaruh penyelidik. Contoh lain ialah gambar yang ditulis nota terima kasih dan keputusan peperiksaan.


7) How will i explain my educational influences in learning?

Bagaimana penyelidik membuat penghakiman tentang pengaruh dan sama ada apa yang penyelidik tersebut harapkan tercapai atau tidak. Contohnya kesaksamaan, penyelidik akan melihat pada komen latihan yang diberikan kepada para pelajar.

8) How will i ensure that any conclusions i reach are reasonably fair and accurate?

Prosedur dalam kajian tindakan memerlukan kawan yang kritikal dan kumpulan validation untuk meberi komen, menyangkal dakwaan penyelidik. Contohnya, harapan saya ialah saya telah dapat mengalakkan pelajar lebih bersikap responsive. Saya berharap kumpulan validation akan melihat video di mana pelajar-pelajar saya mengambil bahagian dengan aktif di dalam kelas.

9) How will I evaluate the validity of the evidenced-based account of my learning?

Rakan-rakan kritikal dan kumpulan validation bukan sahaja melihat kepada kesimpulan tetapi juga menganalisis secara teliti sama ada penyelidik telah memenuhi semua metodologi untuk menyokong kepada dakwaan yang penyelidik katakan.

Monday, May 18, 2009

Sampel,Setting, Etika Kajian Tindakan (Ulasan buku)

Perancangan Tindakan : apa yang perlu penyelidik fikir terlebih dahulu?

1) Memikirkan tentang setiap langkah aspek praktikal
- apa yang saya titik beratkan
- kenapa saya menitikberatkannya
- apakah pengalaman yang boleh saya gambarkan untuk menunjukkan kenapa saya menitikberatkannya
- apa yang saya boleh lakukan mengenainya
- apa yang akan saya lakukan mengenainya
- apakah jenis data yang akan saya kumpulkan untuk menunjukkan situasi tersebut supaya difahami
- bagaimana saya akan menerangkan pendidikan saya mempengaruhi dalam pembelajaran
- bagaimana saya akan pastikan sebarang kesimpulan yang saya simpulkan adil dan tepat
- bagaimana saya akan menilai kesahihan bukti pembelajaran saya
- bagaimana saya akan mengubahsuai apa yang saya ambil kira, idea dan latihan berdasarkan penilaian

2) Memikirkan tentang sumber
-masa
- perkakas dan peralatan
-sumber manusia seperti peserta kajian, kawan pengkritik, kumpulan
pengesahan, pemerhati yang berminat

3) Memikirkan tentang isu etika
- Penglibatan orang lain dalam kajian memerlukan pertimbangan isu etika. Ia bukan sahaja melibatkan kesopanan atau budi bahasa tetapi juga undang-undang. Pertimbangan etika melibatkan tiga aspek:-

a) perundingan dan hak keselamatan

- penyelidik perlu berbincang dan mendapatkan kebenaran untuk melakukan kajian sebelum kajian dimulakan. Penyelidik perlu menyediakan dan memberi surat rasmi kebenaran kepada semua peserta yang terlibat. Surat tersebut mestilah disimpan sebagai rujukan. Surat tersebut perlu disertakan dalam bahagian lampiran.

b) melindungi para peserta

- Penyelidik perlu memastikan yang nama atau identiti peserta tidak diketahui kecuali dengan izin mereka. Apabila peserta tidak mahu mereka dinamakan, penyelidik perlu menomborkan mereka seperti ’Pelajar 1’. Ini menjadi satu isu apabila data melalui video, mereka akan mudah dikenali. Penyelidik juga perlu berhati-hati ketika menamakan lokasi penyelidikan. Penyelidik perlu mendapatkan kebenaran daripada pengetua. Selain itu, penyelidik juga perlu memastikan peserta mengetahui mereka adalah keutamaan penyelidik dan penyelidik perlu berjanji untuk menyimpannya secara sulit. Di samping itu, penyelidik perlu berjanji yang peserta boleh menarik diri daripada terlibat dalam kajian dan segala maklumat akan dimusnahkan. Pastikan setiap peserta mendapatkan slip yang mengandungi tandatangan mereka.

c) Membina kepercayaan
- Penyelidik perlu memastikan mereka melakukan apa yang mereka nyatakan ingin lakukan. Bertujuan untuk mewujudkan satu reputasi untuk integriti dan melindunginya. Kebanyakan orang akan bekerja dengan orang yang mereka percaya.

Sunday, May 17, 2009

Reka bentuk Kajian Tindakan (Ulasan buku)

Reka bentuk kajian di atas ialah model action-reflection cycle. Proses yang terlibat ialah pemerhatian (observe), refleksi (refleksi), tindakan (act), menilai (evaluate), ubahsuai (modify) dan seterusnya. Proses ini sentiasa berterusan sehingga mencapai tahap yang peyelidik inginkan.

Mengapa guru perlu membuat kajian tindakan

Kajian tindakan merupakan suatu kajian yang berterusan oleh guru untuk menilai dan mengesan keberkesanan amalan pengajaran dan pembelajaran sendiri.


1) kajian tindakan yang dilakukan boleh meningkatkan proses pengajaran guru
dan sekaligus dapat memperbaiki kemajuan pelajar dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi sekolah.

2) Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaik amalan sendiri.

3)untuk mengumpul sumber maklumat tentang masalah yang dihadapi dan cara penambahbaikan dan boleh dikongsi bersama




Konsep kajian tindakan (ulasan buku)

Satu kajian yang melibatkan proses yang sistematik di mana pengamal penyelidik itu sendiri menilai penyelidikan mereka. Kajian tindakan dilakukan ialah untuk meningkatkan proses pembelajaran sendiri dan mempengaruhi pembelajaran orang lain juga. Kajian tindakan ini dapat mewujudkan teori latihan praktikal sendiri dan orang lain boleh mengetahuinya dan juga boleh mempelajarinya jika mahu. Semua orang boleh melakukan kajian tindakan ini seperti pengetua, pengurus, pentadbir mahupun pelajar itu sendiri. Dalam kajian tindakan, pengamal penyelidik itu sendiri yang menyiasat latihan sendiri. Mereka juga yang membuat keputusan apa yang mereka ingin lakukan dan bukannya orang lain yang menentukannya. Penyelidik yang melakukan kajian tindakan dilihat sebagai penyelidik dalaman (insider researcher) kerana mereka melihat diri mereka sendiri sebahagian daripada situasi atau keadaan yang mereka siasat atau selidik.

Tugasan 2-Journal Title

Cronjé, J. C. (2009). Qualitative assessment across language barriers: An
action research study. Educational Technology & Society, 12 (2), 69–85. Retrieved May 3, 2009, from
http://www.ifets.info/journals/12_2/6.pdf


Karen Goodnough (2008). Moving Science Off the ‘‘Back Burner’’: Meaning
Making Within an Action Research Community of Practice. Journal of Science Teacher Education, 19, 15-39. Retrieved May 3, 2009, from
http://www.springerlink.com/content/m75q713206845645/


Eula Ewing Monroe, Kari Gali, Kristen Swope & Ikaika Perreira (2007).
Preservice Teachers’ Use of Action Research to Implement Alternatives to Round Robin Reading. Journal of Reading Education, 32 (2), 13-17.

Tuesday, May 12, 2009

Kuliah M4

Kajian Tindakan
Nota Kuliah Minggu ke-4
11 Mei 2009
Normahidayu bt Mohd Nordin
P 48642

Kajian Kepustakaan

Kajian kepustakaan ini merupakan suatu proses umum yang dilakukan pengkaji secara kritikal ke atas poin-poin penting berdasarkan bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, makalah, prosiding, laporan seminar dan sebagainya. Kajian kepustakaan yang dilakukan akan memberi pengetahuan tentang kajian-kajian lepas yang akan memandu arah kajian seseorang pengkaji. Tujuan kajian kepustakaan juga membantu pengkaji mengembangkan dan menambah pengertian tentang sesuatu perkara.


Membanding & membeza

Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri-ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. Kemahiran membanding dan membeza dilakukan apabila terdapat dua atau lebih kemungkinan.

Langkah-langkah penggunaan
1) Mencari dan meneliti pada satu atau beberapa ciri kajian tindakan seperti
sampel, seting, prosedur, pengumpulan dan penghasilan data.
2) Kenal pasti ciri kajian tindakan.
3) Tentukan sama ada kajian tindakan yang lain mempunyai ciri yang sama.
4) Nyatakan ciri persamaan.

Contohnya membandingkan dan membezakan antara dua artikel kajian tindakan di mana dari segi perbezaan kemungkinan model atau rekabentuk yang digunakan berbeza atau persamaan dari segi masalah kajian.


Menganalisis

Memperincikan suatu maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil bagi memahami suatu konsep selain daripada mencari makna yang tersirat. Kemahiran menganalisis ini suatu yang rumit atau kompleks kerana menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

Contohnya dalam model rekabentuk kajian tindakan. Terdapat pelbagai komponen-komponen kecil yang perlu diketahui dan difahami seperti merancang, tindakan, pemerhatian dan refleksi.


Menilai

Membuat pertimbangan atau mengambil kira tentang suatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti yang sah. Kemahiran ini digunakan ketika hendak memilih suatu dan menerima atau menolak sesuatu idea.

Contohnya, semasa melakukan suatu kajian tindakan secara kolaboratif, suatu pendapat disuarakan. Sebelum diterima pendapat tersebut, para pengkaji hendaklah mengkaji dengan mendalam dari segi kelebihan atau kekurangan mungkin berdasarkan kajian-kajian lepas sebagai bukti kepada pendapat tersebut.


Membuat kesimpulan

Membuat suatu pernyataan tentang hasil daripada suatu kajian berdasarkan kepada hipotesis atau untuk mengukuh sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan. Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan meyokong pernyataan.

Kesimpulan biasanya berada di bahagian akhir suatu penulisan atau pernyataan setelah dilakukan pengumpulan data dan penganalisisan suatu data. Kesimpulan ini boleh dikatakan sebagai suatu penegasan dalam suatu perkara yang dibincangkan.


Mensintesiskan


Pengabungan idea,unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei,lukisan dan artifak.

Contohnya pengabungan isu-isu seperti ponteng sekolah, buli, pelajar menghisap rokok untuk mengambarkan masalah disiplin pelajar di sekolah.

Nota Kuliah Minggu 3

Kuliah 3

Sunday, May 10, 2009

Aktiviti berkumpulan M3

Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan

1. ketidakpastian terhadap kesan perubahan sama ada memberi kebaikan atau
keburukan
2. tidak yakin akan perubahan tersebut
3. merasa tidak perlu untuk berubah kerana sudah selesa dengan suatu keadaan
4. perubahan yang berlaku secara mendadak dan drastik
5. perubahan yang tidak sesuai dengan budaya dan nilai setempat
6. berfikiran sempit dan memandang sebarang perubahan dengan negatif
7. mempunyai sikap tunggu dan lihat sahaja
8. tiada kata sepakat dan sukar untuk menerima perubahan

Bincangkan cara penyelesaiannya

1. Memberi penjelasan dengan selengkapnya dan membuat sesi soal jawab
2. Memberi bukti atau contoh bagi yang telah melakukan perubahan tersebut
3. Perubahan itu perlu supaya kita dapat memajukan langkah kehidupan kita.
Orang sebegini perlu diberi motivasi.
4. Sememangnya perubahan yang mendadak amat tidak disukai kebanyakan
orang. Perubahan perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan sedikit demi
sedikit.
5. Perlu mengkaji budaya dan nilai setempat sebelum mencadangkan sebarang
perubahan.
6. Perlu bersikap optimis dan sentiasa menerima sebarang pendapat dengan hati
terbuka. Kemudian barulah mengkaji sama ada perubahan perlu dilakukan
atau sebaliknya.
7. Jika mempunyai sikap tunggu dan lihat, maka sebarang perubahan tidak dapat
dijalankan. Seseorang perlu memulakan perubahan dahulu dan cuba menarik
atau berbincang dengan orang lain untuk melakukan perubahan yang sama.
8. Perlu mengadakan perbincangan dengan berlapang dada supaya semua
cadangan dapat dipertimbangkan dan perubahan boleh dilakukan.

Rujukan

An action research approach to curriculum development
http://informationr.net/ir/1-1/paper2.html


Action Research
http://crlt.indiana.edu/cee_archive/actresearch/how.html


Action research - a cycle or spiral?
http://en.wikiversity.org/wiki/Action_research


Types of Action Research For Educators:
http://qual.homestead.com/actionresearch.html

Tugasan 1 (Book Title)

Nama Pengarang: Jean McNiff & Jack Whitehead
Tahun Terbitan : 2006
Tajuk Buku : All You Need To Know About Action Research
Negeri Penerbit: London, California, New Delhi
Nama Penerbit: SAGE Publications

Saturday, May 9, 2009

http://www.scribd.com/doc/15118445/Kuliah-3

Thursday, April 30, 2009

Aktiviti 2 M 2

Ketua: Nadiah Yusof
Pencatat: Normahidayu Mohd Nordin
Pembentang: Siti Khadijah Rafli

Selepas mengikuti kursus kaedah mengajar, refleksi ke atas masalah/penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran suatu tajuk.

Tajuk : Mitosis
Masalah:
1) Pelajar sukar membayangkan/menggambarkan peringkat-peringkat yang
terlibat dalam proses mitosis.

2) Pelajar sukar untuk membezakan terminologi berkenaan dengan kromosom.
Contohnya pelajar keliru untuk membezakan antara kromatin , kromatid dan
kromosom.

3) Pelajar sukar untuk mengingat susunan/turutan yang terlibat semasa proses
mitosis.

Cadangkan strategi/kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut.

1) Pelajar dibahagikan kepada satu kumpulan empat orang dan melakukan
simulasi bagi menggambarkan setiap peringkat dalam mitosis.

2) Guru menggunakan kaedah Jigsaw di mana satu kumpulan terdiri daripada
tiga orang pelajar dan diberikan terminologi yang berbeza. Kemudian, ahli
kumpulan yang berlainan mendapat terminologi yang sama berbincang dan
kembali kepada kumpulan asal untuk memberi penerangan berikutnya.
Kemudian, guru menguji dengan melakukan ujian atau kuiz.

3) Guru menggunakan kaedah mnemonik untuk mengingat turutan peringkat
dalam mitosis. Guru boleh menyuruh pelajar cuba untuk membina perkataan
sendiri. Contohnya P MAT untuk Prophase, Metaphase, Anaphase dan
Telophase.

Aktiviti 1 M2

Selepas mengikuti program BIG, refleksi ke atas masalah dalam diri anda.

Saya masih lagi mempunyai beberapa masalah dengan dari segi pengurusan masa dan sifat kepimpinan.

Senaraikan penambahbaikan yang perlu dilakukan di dalam diri anda

Menepati masa dan terlibat dalam aktiviti secara sukarela.

Rancang pelan tindakan untuk menambahbaik
-matlamat
1. menjadi seorang guru yang berdisiplin dan mementingkan masa dalam
kehidupan seharian.

2. menjadi seorang guru yang boleh memimpin bukan sahaja di dalam kawasan
sekolah malah di dalam komuniti masyarakat.

-objektif
membentuk sikap yang positif dan berdisiplin dalam hidup.

Pelan Tindakan
Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil
Menetapkan matlamat dalam hidup.

Rancang bagaimana anda ingin mengumpul data
Melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti dan menyimpan data penglibatan.

Bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang terlaksana
Menemubual rakan-rakan yang rapat.

Bagaimana anda ingin menilai sama ada apa yang dirancang dan dilaksanakan tercapai
Menyenaraikan semua aktiviti yang terlibat dan membuat refleksi.




Model Rekabentuk Kajian Tindakan


Figure 1 Simple Action Research Model (Kemmis 1986)
Model tersebut menunjukkan satu bentuk kitaran tindakan dan refleksi
dan dibahagikan kepada fasa perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.
Kitaran boleh bermula pada mana-mana fasa dan tidak akan berhenti selepas
satu kitaran lengkap tetapi akan berterusan sehingga objektif kajian tercapai.
Perancangan
1. Guru membuat perancangan setelah mengenalpasti
masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Contoh masalah ialah pelajar tidak menunjukkan minat
dalam subjek sejarah ketika kaedah kuliah dijalankan.
Guru mencari kaedah yang lebih sesuai seperti kaedah
perbincangan dalam kumpulan.
Tindakan
2. Guru membuat tindakan dengan menukar gaya
penyampaian dan pengajaran lebih berpusatkan
kepada pelajar. Contohnya, guru membahagikan
pelajar kepada kumpulan dengan ahli empat orang.
Guru memberikan tajuk kepada setiap kumpulan
dan menyuruh mereka melakukan perbincangan dan
memberikan pendapat.
Pemerhatian
3. Guru boleh melakukan pemerhatian terhadap
tingkahlaku pelajar ketika mereka melakukan
perbincangan di dalam kumpulan. Kemudian,
guru boleh menemu bual beberapa pelajar daripada
setiap kumpulan untuk mendapatkan reaksi mereka.
Refleksi
4. Guru membuat refleksi dan penilaian apa yang berlaku, kekurangan
dan penambahbaikan. Jika tiada perubahan,guru
boleh mengkaji kaedah pengajaran lain. Seterusnya, kitaran
ini diulang sehingga pelajar menunjukkan minat dan
memberikan tumpuan kepada subjek sejarah.

Kuliah M2


Rekabentuk Kajian Tindakan
Terdapat empat langkah asas bagi rekabentuk kajian tindakan iaitu:-
1. Perancangan
2. Pelaksanaan Tindakan
3. Pemerhatian
4. Refleksi dan Penilaian


Jenis Kajian Tindakan

Terdapat empat jenis kajian tindakan iaitu:-


individu
- melibatkan hanya seorang penyelidik membuat kajian dan fokus kepada satu isu pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah seperti pengurusan kelas, strategi memberi arahan, penggunaan bahan bantu mengajar dan sebagainya. Perkongsian data mungkin terhad atau tidak dikongsi langsung melainkan penyelidik membuat laporan secara formal dan mengadakan pembentangan ketika mesyuarat, persidangan, seminar atau dijadika sebagai jurnal.

kolaboratif
- melibatkan lebih daripada dua orang penyelidik sama ada terlibat dalam bidang yang sama atau berlainan tetapi memfokus hanya satu isu dalam bilik darjah atau dengan kata lain, satu masalah yang sama dalam bilik darjah yang berlainan.

sekolah
-melibatkan satu isu yang sama di peringkat sekolah seperti meningkatkan keaktifan ibu bapa dalam aktiviti di sekolah seperti majlis penyampaian anugerah tahunan kepada para pelajar.

daerah
- melibatkan isu yang berkaitan dengan organisasi, komuniti, prestasi atau proses membuat keputusan. Para penyelidik mengkaji satu isu yang sama di beberapa buah sekolah di peringkat daerah. Kajian ini kompleks dan memerlukan sumber yang lebih banyak dan agak sukar untuk mengerakkannya.

Tujuan Kajian Tindakan

1. Membantu guru berhubung dengan penambahbaikan
kebiasaan atau budaya pengajaran dalam bilik darjah.

2. Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal,
kaya dengan idea
baharu, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian
terhadap kurikulum dan kokurikulum.

3. Menyediakan ruang kepada guru untuk menggilap kreativiti
dan inovasi
terutama dalam menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan
pembelajaran murid.

4. Penggunaan kaedah baru dalam pengajaran membolehkan
guru
mengubahsuai amalan pengajaran. Ini seterusnya akan meletakkan guru
tersebut dalam satu perubahan budaya lama dan perubahan sikap.
Ini penting untuk melahirkan warga pendidik yang berkualiti.

5. Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami
amalan pengajaran
guru, amalan pemelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah
dan sebagainya.

6. Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pemelajaran,
memudahkan
pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki
amalan sendiri

7. Jika dilakukan secara berpasukan, pelaksanaan kajian
tindakan dapat
memupuk semangat kekitaan dan permuafakatan di kalangan guru-guru.
Selain daripada wujudnya perkongsian idea, sebarang masalah semasa
pelaksanaan kajian juga dapat diselesaikan bersama-sama.